Monday, 29 July 2013

Insan bernama AYAH

Di saat aku mencoretkan nukilan ku ini, rindu ku pada ayah begitu kuat sekali. Sudah hampir 3 bulan ayah pergi meninggal kan kami sekeluarga bertemu maha pencipta. Dan tahun ini kami berpuasa dan beraya tanpa ayah. Tiada apa yang mampu ku kirimkan selain doa untuk mu. Semoga ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi oleh-NYA.
Al-Fatihah Sa’ari bin Mohamad. 10th May 2013 bersamaan hari Jumaat.


*Tiada siapa yang memahami penderitaan yang kau alami selain kami sekeluarga, tiada siapa yang mengerti keperitan mu selain kami sekeluarga dan tiada siapa memahami kesusahan mu selain kami sekeluarga. Tetapi, semua nya akan dibalas dan dikira di sana nanti. Itu sudah pasti. Kesabaran mu pasti dibayar kelak. Bersemadi lah dengan tenang ayahnda, anaknda begitu merindui mu.